Sesetengah Manusia Memang Busuk Hatinya Bukan?

Salam semua,
          Entri kali ini berbaur kegeraman dan kemarahan dalam benak jiwa saya.Saya tidaklah sangka kawan yang baik kepada kawan baik saya rupa-rupanya gunting dalam lipatan.Manusia itu menabur fitnah dan penipuan terus ke telinga saya.Oleh kerana marah saya hampir percaya tetapi saya bukannya bodoh.Nasib baiklah saya bukan mudah terpedaya.Saya sememangnya selalu menghubungi dan berkomunikasi dengan kawan baik saya dari masa ke semasa.Hubungan kami sememangnya ada saya ceritakan sebelum ini dalam entri http://virulentlolitatanbenihime.blogspot.com/2010/11/ini-adalah-untuk-kawan-terbaik-saya.html.
             Sedang saya menikmati cuti-cuti akhir sebelum mendaftar kembali ke kolej,saya menerima satu panggilan telefon daripada manusia itu.Manusia itu menceritakan sesuatu perkara  yang sungguh salah dari apa yang fakta dan ianya rekaan semata-mata.Ada ke patut dia berkata kawan baik saya rasa bersalah dengan saya sebab dia tidak boleh memilih diantara saya dan seorang lagi manusia dan hatinya sememangnya tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan saya.Manusia itu juga boleh menyatakan bahawa kawan baik saya dan seorang lagi manusia itu amatlah rapat umpama saya dan kawan baik saya.Aik?Bila masa?Sebab saya dan kawan baik saya sememangnya tiada berahsia dan hampir semua kami kongsi.Dan manusia itu menyuruh saya berjanji untuk tidak menyatakan perkara ini pada kawan baik saya.Lagi dia mahu tukar topik dengan berkata Saya Suka Awak.Saya terus meninggi suara dan tidak mengambil peduli,Eh,tolonglah.Siapa awak untuk menyuruh saya dan mengkhianati KAWAN BAIK saya?Saya terlalu geram saya matikan telefon.Saya dalam keadaan marah agak mahu menjerit juga dalam bilik hotel.Sekali lagi telefon berdering tetapi bunyi sms.Kawan baik saya.Seperti biasa kami berkomunikasi tetapi jiwa dan hati saya bergelora dalam dilema dan mula merepek dalam sms kepada kawan baik saya.Dia sememangnya dah agak ada sesuatu yang berlaku tetapi oleh kerana terlalu mengantuk,dia tak terbalas mesej saya.
             Keesokan harinya,waktu pagi,saya sms lagi beritahu segalanya.Betapa terkejutnya dia lantas dia menelefon saya.Perbualan kami berterusan selama sejam lebih.Kami biasa berbual lebih lama tetapi kerana saya sedang bercuti dan emaknya memanggil,perbualan kami pendek sahaja.Kali ini saya tahu SEGALANYA.Hanya kerana manusia itu cemburu akan persahabatan yang kami bina dan manusia itu juga menyukai saya,dia SANGGUP nak hancurkan kami?Saya lagi rela Mati daripada ada kaitan dengan manusia sebegitu rupa.
angry face Pictures, Images and Photos
              Ini pengajaran dari cerita benar saya,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.Tetapi kalau dah dipijak sebegini rupa,Pijaklah balik XD
          
PS : To my bff Polar Bear, I'll Break Those Whoever Tries To Break Us.Severely.Status dalam FB juga itu ;p 



http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea

Comments

tgsaqura said…
sabar2..manusia mmg bermacam rupa...
faizs said…
ish3.. olang itu macam pun ada ka tina.. sungguh busuk olang itu punya hati wo.. u tak paya kawan sama itu olang la.. kawan sejati ha, memang susah mau cali wo.. tapi bila da jumpa kawan sejati, itu la kawan sampai mati pun.. =)

Popular Posts