Bersengkang Mata Demi Masa Hadapan

Assalammualaikum semua,
               Ini entri tengah malam buta.Oleh kerana kebosanan melanda sementara menaip proposal untuk presentation akhir sebagai penuntut,pelajar grafik designer,saya tulislah sedikit apa yang tersirat dan tersurat.Minggu ini dan minggu lepas adalah minggu sakit jiwa.Research untuk proposal tidak berhenti,kemalasan menguasaai diri,tabiat insomnia meracuni otak.Konflik jiwa meruap-ruap kerana Nuffnang Glitterati dinyahaktifkan tanpa sebab dan mood membuat kerja yang patut semakin kehilangan.
              Memang terbaik.Kengantukan dan kerosakan mata bermula.Ini sangat tidak bagus untuk kesihatan.Dahlah tadi terbaca di surat khabar bahawa sakit kepala boleh membunuh.Ada kes seseorang mati kerana "brain jam"'.Kalau dah "brain jam",mestilah anggota lain berhenti berfungsi bukan?Lagi satu fakta iaitu 10 hari tanpa tidur juga boleh membunuh.Kes "brain jam"juga itu.Fuh~Bahaya betul.Habis saya ni bagaimana?Anda yang lain pula bagaimana??

Insomnia Pictures, Images and Photos

Comments

Unknown said…
kena juga tido.jgn x tdo langsung

kang jam terus naya

yong pon klo x tido 2 3 hri mau biol da

so baik rest juga..

Popular Posts