Lagenda Tan Sri P.Ramlee

Salam semua,
                   Saya sentiasa menonton cerita dan filem-filem Allahyarham namun tahu sedikit tentang kehidupannya.Pada hari ini bersamaan 1.11.10,hari isnin,saya tertonton dokumentari tentang beliau di saluran History di Astro.Cukup saya sebak sepanjang rancangan itu ditayangkan.Allahyarham seorang yang pemurah,berbakat dan cinta akan keluarganya namun perginya beliau dalam keadaan papa kedana.
                   Hampir tiada orang hadir pada hari beliau meninggal tetapi akhirnya rakan-rakannya datang memberi kehormatan terakhir dan sejumlah duit untuk pengebumiannya serta untuk balu dan anak-anaknya.Dan kemudian barulah ramai manusia dari segala bangsa datang menziarahi beliau.Setiap raut wajah mereka menggambarkan bahawa mereka mencintai dia.Seorang lagenda yang pemurah serta dicintai ramai begitu nasibnya di akhir hayatnya.Satu lagi yang amat dikesali adalah hak beliau ke atas filem-filem dan lagu-lagu terbitan Allahyarham diambil syarikat perfileman walaupun setelah meninggalnya beliau.
                 Cukup menyedihkan malah saya sendiri menitis air mata apabila menulis blog dan cuba mengingat kembali apa yang telah ditonton.Rakannya berkata mayat Allahyarham tersenyum semasa dia menziarahi.Kuasa Allah merahmati Lagenda Tan Sri P Ramlee yang gemar tolong orang dan bersedekah.Teringat pula dialognya dalam
                  Kita ambillah iktibar akan peristiwa Lagenda kita dan sedekahkanlah beliau Al Fatihah :"(


                                                                  Sumber daripada Google



http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea


Comments

Popular Posts