Mencari Kembali Apa Yang Hilang Umpama Sirih Pulang Ke Ganggang.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
   Bermadahlah pula kita ya?Bukanlah apa,hari minggu ini macam-macam terjadi.Pada Jumaat yang lepas,Tok Chu iaitu bapa saudara kepada bapa saya meninggal dunia.Pulang ke kampung untuk menziarahi an alhamdulillah selamat dikebumikan.
   Pada keesokan harinya,berjalan pula ke Lumut,Perak konon-konon nak memancing.Sempatlah juga memancing di jeti ke Pulau Pangkor tetapi tidak berkesempatan ke Pulau Pangkor.Gambar ini adalah kami di tugu Lumut.

Adik bongsu saya.

Modelling bagai :D

Lagi seorang adik saya.Adess.

Ini lagi melampau :D

Saya mestilah yang terbaik XD

Konon-konon merasmikan Lumut(Kami tidak melakukan vandalisme.Plak itu sendiri tercabut )


Ini manusia kah??

Gambar ini di ambil oleh adik saya.

*Oleh kerana kami ini photographer,jika anda mahu khidmat kami,sila ke


Kemudian berubah pula ke bawah jambatan Permaisuri Bainun.Sebelum itu pula,pulang ke asal usul keturunan saya yang berasal daripada Sungai Kerang,Padang Gajah.Opah saya ada berkata moyang kamu ade lagi,pergilah balik caghi die.Saya sekeluarga pergilah ke sana tetapi tanpa arah yang betul.Cuma tahu  tempat sahaja.Kerana inginkan penjelasan lebih lanjut,kami ke balai polis Padang Gajah.Sememangnya keturuanan asal usul nenek moyang saya adalah dari sana dan terkaya di kampung itu.Setelah beberapa jam pusing-pusing di kampung itu,akhirnya,jumpa jua rumah moyang saya.Memang jumpe moyang saya itu.Terkejut ya amat moyang saya.Pertemuan yang tidak disangka-sangka.Semua ditanyanya.Tentang Opah saya,adik beradik mama saya,saudara itu ini.Beliau juga menceritakan pelbagai kejadian dan sejarah kampung itu dimana ianya amat menarik minat saya.
      Sebelum berangkat pulang,beliau memberikan kami banyak ulam-ulaman,buah-buahan hasil daripada tanah kebun dan estet beliau di kampung itu.Kami amatlah bergembira dan mungkin raya tahun ini,kami akan pulang beraya di rumah beliau.He is so much fun to be with walaupun sudah tua,namun jiwa masih muda seumpama baru melangkah ke alam warga emas :D

*Gambar tidak disertakan kerana sebab dan hak peribadi.Minta maaf :)

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Comments

Hans Hanis said…
wah bestnya
gambar2 ni semua cantik2
bila la saya dapat pergi sana

Meatball IKEA Halal

Popular Posts