Ter-Inspirasi(Inspirasi hidup seorang manusia)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
               Saya terbangun malam.Tertidur awal juga kerana penangan ubat selsema.Sekarang musim demam agaknya.Rakan saya seorang demam teruk.Siang tadi pula ada kelas.Bukanlah kelas tetapi ceramah daripada bekas pelajar yang sudah lama menamatkan pelajarannya dan kini berkhidmat di kolej yang sama beliau pernah belajar dulu iaitu kolej saya.Oleh kerana saya di ambang pengakhiran pelajaran saya,kami dipanggil ntuk mendengar ceramah ini
             Amat memotivasikan kerana beliau menceritakan kisah hidup beliau sejak sekolah hingga kini.Satu je iktibar daripada penceritaan beliau iaitu "Life is Short".Apa pun boleh berlaku bermula dari sekarang dalam tempoh 10-20 tahun lagi.Ya,kita semua ada impian tetapi apa yang kita lakukan untuk mencapai impian kita bergantung kepada langkah yang kita ambil sekarang.The Time Is NOW!
             Saya terfikir apa yang mungkin berlaku setelah habis semua ini.Kerja kah?Kahwin kah?Jadi orang ternama kah?Walaubagaimanapun susah hidup kita,kita mampu menjadikan Mimpi Sebuah Realiti.Iman,kekuatan hati menjadi pegangan hidup.

strength Pictures, Images and Photos

ps: Harap-haraplah dapat kerja terus lepas grad ni.Dahlah kita tak boleh duduk diam XD

Comments

Anonymous said…
aja2 hwaiting!
Afifee said…
semoga berjaya :)
Unknown said…
teruskan hidup dgn semgt juang yg tggi.. :)

Popular Posts