Soal Kahwin lagi.Penatnya Jawab!

Assalammualaikum semua,
                Topik kali ini adalah tentang kahwin.Sememangnya tak lekang soalan "awak bila nak kahwin pula?" daripada pakcik makcik dan rakan-rakan abah.Tahulah kita ni "single" tetapi perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.Perkara serius seharusnya dipertimbangkan masak-masak dan baharulah keputusan dibuat.
                Ya,saya calon memang ramai tetapi bukanlah saya cintakan mereka.Lagipun banyak lagi impian yang tidak tercapai dan perkahwinan pada saya adalah sesuatu yang akan menghalang saya ataupun seseorang wanita yang bervisi dan berwawasan daripada mencapai impian.Kalau dapat suami yang memahami dan sporting oklah.Bayangkan kalau dapat yang mengongkong dan menyekat kebebasan pemikiran dan pergerakan.Mahu Gila?Terutama yang masih berfikiran tradisional "perempuan tempatnya di dapur".Memang saya sangat anti.Abah saya elok sahaja memahami.
               Semua persoalan ditanya apabila ke majlis perkahwinan anak rakan abah saya.Pening-pening.
   Jadi pakcik makcik diluar sana,No to Marriage For Now.Later ok ?XD
Kepada rakan-rakan yang baru kahwin,Selamat Pengantin Baru.
Kepada rakan-rakan yang Bertunang dan akan melangkah ke alam perkahwinan,Selamat Maju Jaya :)
Saya ikut belakang nanti-nanti ok XD

love lost. </a></p><p style=

Ps :Ini semua ko pnye pasal nieza,nak sangat kahwin :)

Comments

Popular Posts