The World 1st Bread Town At High 5 Bread Factory,Shah Alam,Selangor,Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
   Pada harini ini saya dan keluarga amat bertuah kerana dapat melawat Bread Town ini kerana ianya hanya dibuka pada pelawat-pelawat yang tertentu sahaja dan pada mereka yang telah membuat tempahan untuk melawat ke muzium.Saya ada rakan di sana dan telah membawa saya sekeluarga lawatan  secara peribadi.Ya,ianya sebuah muzium tentang ROTI.Segala roti yang ada di dunia ini ada di Bread Town.Bagel,croissant,donut,pitta dan sebagainya untuk tontonan umum.
        Lawatan bermula dengan cara pembuatan roti dipamerkan mengikut tahun dan era di mana orang-orang daripada Mesir adalah manusia pertama sekali yang mencipta Roti.Semakin kita menyusur ke dalam muzium,semakin hebat dan terkini rekaan roti mengikut zaman.Mesin pembakar roti pun ada daripada zaman sebelum merdeka lagi.Begitu juga dengan kampit menyimpan tepung daripada seluruh dunia.Tak dilupakan juga mesin membuat roti daripada zaman sebelum merdeka juga.
         Selama lawatan saya di sana,bau roti sentiasa di udara.Mengundang kelaparan.Bayangkan kalau bulan puasa.Mahu Meleleh Air Liur!! Haahhaha~! :D.Cara pembuatan roti dengan cara moden juga ditunjukkan dan kita juga dapat membuat roti sendiri.Seronok sangat.Saya juga dapat bertemu Earl Of Sandwich.Tahukah siapakah beliau?Beliau adalah pencipta Sandwich!!Sejarah beliau adalah,beliau adalah seorang kaki judi yang sentiasa tidak mahu meninggalkan meja judi beliau untuk makan.Oleh itu,beliau mencipta roti yang diletakkan diantara inti.Tadaaa~!!Sedap-sedap.

Mama saya.Wall of Fame Sangat.

Ini pula saya Mendiva!Nak jugak Wall Of Fame!

Dan ini pula adalah replika roti Besar!.Fuh~!Aku Pendek.Adess!

Lawatan hanya melalui tempahan awal sahaja.

Kadar bayaran adalah : 

Dewasa : RM 15
Pelajar : RM 15
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun : RM 12.

Waktu operasi adalah pada  Isnin hingga Ahad daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang.Tutup pada hari Rabu.

Tempahan boleh dibuat melalui rakan saya iaitu MURNI 012 6162800.


Atau sila layari http://www.high5breadtown.com/ untuk keterangan lebih lanjut.


JOM PAKAT PERGI RAMAI-RAMAI :D
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.



Comments

Popular Posts