Restoran Paling Teruk Dalam Malaysia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
    Harini hari Sabtu kan?Oleh itu kebanyakkan daripada kita meluangkan masa untuk keluarga.Begitu juga saya pada harini ini di mana kami berjalan ke kampung-kampung ke Kuala Selangor.Sememangnya pada mulanya seronok kerana terserempak dengan rakan sekolah rendah saya dahulu di Kuala Selangor.Apabila malam mula menjelma,semestinya kita mencari tempat makna untuk makan malam.Saya dan keluarga teringinlah pula ke medan ikan bakar untuk makan malam kami.Kami ke Jeram,Kuala Selangor dan pergi ke tempat di dalam gambar di bawah

      Tempat ini memang ramai sangat orang dan kami tertanya-tanya,sedapkah yang ramai sangat orang ni.Kami sampai dalam pukul 7 malam.Kami menunggu meja selama hampir 30 minit.Rasa kegeraman sudah meruntun jiwa.Ok,kami pun order makan dan saya dan abah saya ke tempat ikan untuk dipilih untuk di bakar.Anda tahu berapa panjang barisan dia?Sila lihat bawah.

    Gila punya ramai.Tapi kami ingatkan,staff ramai.Oleh itu makanan mesti sampai cepat.Oh sememangnya kami salah sangka.Akhirnya tiba giliran abah dengan saya untuk memilih ikan.Yang takle nk bla,gerai ikan mereka begitu kecil!Bagaimana mahu cepat nak memilih?Sila lihat bawah.

     Kecil kan?Berbulu tak?Selepas memilih semua,kami  kembali ke meja,menunggu untuk makanan sampai ke meja kami.Kami tunggu selama 3JAM dan makanan yang sampai pada kami adalah hanya ikan-ikan bakar yang telah dipilih dan ianya SEJUK.Kami bertanya pada pelayan di mana makanan lain?Nasi pun tak sampai.Tahu apa mereka kata?"Encik tak order pun.Lagipun ramai orang encik"KEPALA HOTAK DIA LAH.Staff mereka ramai sangat tetapi tidak komited dan tidak konsisten langsung.Minta maaf kerana kekasaran bahasa saya kerana kegeramanlah yang saya rasa.Kasihan pada kedua ibu bapa saya kerana mereka telah lama ORDER MAKAN DAN BERDIRI SELAMA 30 MINIT DAN BERATUR PANJANG UNTUK MEMILIH IKAN.Ya,kami makan ikan bakar yang SEJUK tadi.Terasa macam makan makanan KUCING dan kami kena bayar untuk MAKANAN KUCING itu itu dengan harga RM30.RM30 makan makanan MCD pun kenyang.Kami meninggalkan tempat itu pada pukul 10 malam dalam keadaan KELAPARAN.
      Saya tak pernah beratur untuk makanan saya kecuali di MCD,KFC dan lain-lain tempat makanan segera dan saya tidak pernah tunggu untuk makanan saya selama 3JAM.Dengan restoran yang teruk ini,itulah yang terjadi.Earth Hour pun mereka tidak memalapkan lampu.Cis!
        Oleh itu saya sarankan pada anda semua untuk tidak pergi ke tempat itu.Saya dan keluarga sememangnya gemar mengembara terutama dalam Malaysia dan kami tahu tempat-tempat makanan sedap.Dan restoran ini tidak akan dapat masuk dalam senarai tempat MAKANAN SEDAP kami.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea


Comments

saya_arief said…
ramaii nye manusia di sini..
:D
tak nak pegi sini.
Sandra Azwan said…
mungkin sebab terlalu ramai maka servis pun teruk......tak semestinya kalau tempat makan tu ramai org makanan sedap.....sabar je la..;-P
najwa's said…
mak ai..lamanya 3 jam. kalo ai, sejam pertama makanan tak sampai, terus blah jek..
b®e4kE®84 said…
weh terok sangat ker...
pada aku ko yang tersalah pilih masa...
frankly speaking, tu la restoran ikan bakar faveret aku ngan wifi ngan budak2 opis...
aku tak rekemen ko pi time gaji masok, sangat2 tak direkemen...
pi time tengah bulan...

lagi satu biasanya kami book dlu, itu lagi better, siap boleh pilih nak duduk area mana...

aku perasan satu tau yang buat masalah ni bila ader customer suka2 jer cantuk2 meja atau pecah2kan meja tu, sebab setiap meja ader nom, bila dipecah tu yang diorg pening tu...huhuhu...

Insyallah, dalam masa terdekat ni, kami akan pi lagi...

http://izura-garden.blogspot.com/2010/08/aroma-ikan-bakar-jeram.html

Popular Posts