Hati Oh Hati
Janganlah kau susah hati kerana dia tak pedulikan kamu lagi,
Kerana masih ada yang ambil berat tentang kamu.
Janganlah kau menangis bila rindukan dia,
Kerana ada yang lain merindukan kamu.
Janganlah kau rasa terseksa melihat dirinya bahagia,
Sebaliknya doakanlah dia supaya bahagia dengan hidupnya.
Janganlah kau berasa kecewa bila dia meninggalkan kamu,
Kerana pasti Tuhan aturkan jodoh lain untukmu yang lebih baik dari dia.
Hati Oh Hati,
Sabarlah dan terimalah dugaan ini dengan redha.
Tempuhilah jalan berliku dengan kekuatan yang ada pada dirimu.
Ku percaya pasti kau akan sembuh dan bahagia seperti dahulu tanpa kehadiran dia.
- Karya Shairah Asrul(Salah seorang rakan baik saya)
Comments