Pernahkah Anda Terlalu Mencintai Seseorang?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Monolog jiwa.Pernahkah anda terlalu mencintai seseorang,dan mahupun sentiasa terungkap pada yang tercinta namun terasa seperti tidak diendahkan walaupun bahasa tubuh jelas mengatakan yang dia juga mencintai anda?Kerana kita seorang wanita yang sentiasa mahukan kepastian dalam kata-kata dan sememangnya tidak cukup dengan hanya bahasa tubuh sahaja.Kerana itu kita sentiasa berasa keliru dan ketidakpastian menghantui jiwa.Setiap kata-kata termaktub dalam hati namun sukar dipastikan kebenaran yang sahih.Bagaimana pula perasaan mereka yang telah mengalami perkara sebegini rupa bertahun-tahun lamanya namun masih setia umpama memegang pada harapan yang mungkin tipis direalisasi.Segala dugaan dan cabaran telah di tempuhi namun masih ditinggalkan di suatu ceruk yang hening sepi.Sekali berjumpa terasa indah umpama syurga namun bila tiba hari-hari biasa,umpama tiada apa-apa yang berlaku.Terasa hati digenggam kuat sehingga sekali sekala pernafasan terhenti.Terasa jiwa dirobek dengan rakus.Terasa tidak bermaya umpama tiada langsung harapan untuk hidup.Inilah rasa seorang wanita yang sentiasa setia menanti namun diperkecil-kecilkan kasih sayang yang diberi dan diambil kesempatan setelah sekian lama.Kadang-kadang mahu saja putuskan segalanya namun terkunci segala niat dan pergerakan kerana CINTA :(

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Comments

Sandra Azwan said…
Cinta tidak akan 'wujud' hanya dengan kata2........cinta memerlukan pengorbanan....(*ayat.....)
Unknown said…
Bahasa tubuh tidak menjaminkan bahawa seseorang itu cinta atau sayang pada kita.. tp mng benar kata2 cinta & sayang yg ikhlas dari lubuk hati keluar dari mulut sidia yg kita nantikan.. klu tidak ini bermakna cinta kita bertepuk sebelah tangan..

Popular Posts