Kehilangan Sesuatu Yang Pernah Menjadi Sebahagian Daripada Diri
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Maafkan saya kerana tiada update tentang Konsert Mentor 5 yang lepas.Terlalu banyak yang terjadi dan salah satu daripadanya merentap jantung dan jiwa.Moyang kesayangan saya meninggal dunia pada 4 Jun 2011 pada pukul 9 malam.Pada masa itu saya sedang membeli belah di Jusco.Saya dan keluarga serta merta terasa gila dan tidak tentu arah.
Pada keesokkan pagi harinya,kami pulang ke kampung.Sempat pula melihat moyang saya sebelum dikebumikan.Sempat pula melihat beliau dikapankan dan sempat pula kami sekeluarga mencium dahinya.Perasaan pada masa itu,hati,jiwa dan perasaan umpama direntap dan dirobek.Kemudian beliau diusung ke surau untuk disolatkan.Dan kemudian diusung ke tanah perkuburan yang berdekatan.Sepanjang perjalanan,mahupun panas,air mata asyik menitis tanpa henti.Mengikut di belakang semasa beliau diusung,baunya wangi sentiasa.Semakin jiwa ini berasa sebak.Walaupun saya sedang menulis blog ini tentang beliau,perasaan dan minda melayang entah kemana.
Sehingga ke akhirnya ke kubur melihat beliau diturunkan ke liang lahad,ditanam dan didoakan,terasa umpama sesuatu menahan nafas di dada akan kesedihan yang amat sangat.Sememangnya ini kali kedua merasakan perasaan sebegini.Adik saya juga pernah meninggal semasa saya berada di darjah 3.
Anda mungkin tidak dapat memahami perasaan saya kini.Walaubagaimanapun,terima kasih kerana membaca :").

Comments
semoga dia ditempatkan dalam golongan2 org yg beriman.. amin