Sunday, March 27, 2011

Restoran Paling Teruk Dalam Malaysia

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
    Harini hari Sabtu kan?Oleh itu kebanyakkan daripada kita meluangkan masa untuk keluarga.Begitu juga saya pada harini ini di mana kami berjalan ke kampung-kampung ke Kuala Selangor.Sememangnya pada mulanya seronok kerana terserempak dengan rakan sekolah rendah saya dahulu di Kuala Selangor.Apabila malam mula menjelma,semestinya kita mencari tempat makna untuk makan malam.Saya dan keluarga teringinlah pula ke medan ikan bakar untuk makan malam kami.Kami ke Jeram,Kuala Selangor dan pergi ke tempat di dalam gambar di bawah

      Tempat ini memang ramai sangat orang dan kami tertanya-tanya,sedapkah yang ramai sangat orang ni.Kami sampai dalam pukul 7 malam.Kami menunggu meja selama hampir 30 minit.Rasa kegeraman sudah meruntun jiwa.Ok,kami pun order makan dan saya dan abah saya ke tempat ikan untuk dipilih untuk di bakar.Anda tahu berapa panjang barisan dia?Sila lihat bawah.

    Gila punya ramai.Tapi kami ingatkan,staff ramai.Oleh itu makanan mesti sampai cepat.Oh sememangnya kami salah sangka.Akhirnya tiba giliran abah dengan saya untuk memilih ikan.Yang takle nk bla,gerai ikan mereka begitu kecil!Bagaimana mahu cepat nak memilih?Sila lihat bawah.

     Kecil kan?Berbulu tak?Selepas memilih semua,kami  kembali ke meja,menunggu untuk makanan sampai ke meja kami.Kami tunggu selama 3JAM dan makanan yang sampai pada kami adalah hanya ikan-ikan bakar yang telah dipilih dan ianya SEJUK.Kami bertanya pada pelayan di mana makanan lain?Nasi pun tak sampai.Tahu apa mereka kata?"Encik tak order pun.Lagipun ramai orang encik"KEPALA HOTAK DIA LAH.Staff mereka ramai sangat tetapi tidak komited dan tidak konsisten langsung.Minta maaf kerana kekasaran bahasa saya kerana kegeramanlah yang saya rasa.Kasihan pada kedua ibu bapa saya kerana mereka telah lama ORDER MAKAN DAN BERDIRI SELAMA 30 MINIT DAN BERATUR PANJANG UNTUK MEMILIH IKAN.Ya,kami makan ikan bakar yang SEJUK tadi.Terasa macam makan makanan KUCING dan kami kena bayar untuk MAKANAN KUCING itu itu dengan harga RM30.RM30 makan makanan MCD pun kenyang.Kami meninggalkan tempat itu pada pukul 10 malam dalam keadaan KELAPARAN.
      Saya tak pernah beratur untuk makanan saya kecuali di MCD,KFC dan lain-lain tempat makanan segera dan saya tidak pernah tunggu untuk makanan saya selama 3JAM.Dengan restoran yang teruk ini,itulah yang terjadi.Earth Hour pun mereka tidak memalapkan lampu.Cis!
        Oleh itu saya sarankan pada anda semua untuk tidak pergi ke tempat itu.Saya dan keluarga sememangnya gemar mengembara terutama dalam Malaysia dan kami tahu tempat-tempat makanan sedap.Dan restoran ini tidak akan dapat masuk dalam senarai tempat MAKANAN SEDAP kami.
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.
http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea


Thursday, March 24, 2011

The World 1st Bread Town At High 5 Bread Factory,Shah Alam,Selangor,Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
   Pada harini ini saya dan keluarga amat bertuah kerana dapat melawat Bread Town ini kerana ianya hanya dibuka pada pelawat-pelawat yang tertentu sahaja dan pada mereka yang telah membuat tempahan untuk melawat ke muzium.Saya ada rakan di sana dan telah membawa saya sekeluarga lawatan  secara peribadi.Ya,ianya sebuah muzium tentang ROTI.Segala roti yang ada di dunia ini ada di Bread Town.Bagel,croissant,donut,pitta dan sebagainya untuk tontonan umum.
        Lawatan bermula dengan cara pembuatan roti dipamerkan mengikut tahun dan era di mana orang-orang daripada Mesir adalah manusia pertama sekali yang mencipta Roti.Semakin kita menyusur ke dalam muzium,semakin hebat dan terkini rekaan roti mengikut zaman.Mesin pembakar roti pun ada daripada zaman sebelum merdeka lagi.Begitu juga dengan kampit menyimpan tepung daripada seluruh dunia.Tak dilupakan juga mesin membuat roti daripada zaman sebelum merdeka juga.
         Selama lawatan saya di sana,bau roti sentiasa di udara.Mengundang kelaparan.Bayangkan kalau bulan puasa.Mahu Meleleh Air Liur!! Haahhaha~! :D.Cara pembuatan roti dengan cara moden juga ditunjukkan dan kita juga dapat membuat roti sendiri.Seronok sangat.Saya juga dapat bertemu Earl Of Sandwich.Tahukah siapakah beliau?Beliau adalah pencipta Sandwich!!Sejarah beliau adalah,beliau adalah seorang kaki judi yang sentiasa tidak mahu meninggalkan meja judi beliau untuk makan.Oleh itu,beliau mencipta roti yang diletakkan diantara inti.Tadaaa~!!Sedap-sedap.

Mama saya.Wall of Fame Sangat.

Ini pula saya Mendiva!Nak jugak Wall Of Fame!

Dan ini pula adalah replika roti Besar!.Fuh~!Aku Pendek.Adess!

Lawatan hanya melalui tempahan awal sahaja.

Kadar bayaran adalah : 

Dewasa : RM 15
Pelajar : RM 15
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun : RM 12.

Waktu operasi adalah pada  Isnin hingga Ahad daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang.Tutup pada hari Rabu.

Tempahan boleh dibuat melalui rakan saya iaitu MURNI 012 6162800.


Atau sila layari http://www.high5breadtown.com/ untuk keterangan lebih lanjut.


JOM PAKAT PERGI RAMAI-RAMAI :D
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.



Wednesday, March 23, 2011

Elizabeth Taylor Meninggal Pada Umur 79

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
          Sememangnya sedih berita ini.Diva pujaan dan di antara wanita tercantik dunia,di antara fesyen ikon terbaik




telahpun meninggal dunia.Uwah~!!



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, March 21, 2011

Anti Budak Pavilion!(Yang duk melepek kat depan pintu Pavillion KL)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
           Ini adalah isu yang dibangkitkan oleh Cik Wana The Photographer.Perkara ni sangat serius kerana melibatkan martabat bangsa dan budaya.Kita boleh berdebat sepuas-puasnya tapi apa yang telah kita lakukan untuk menghentikan gejala Melepak Depan Pintu Pavillion??Daripada apa yang saya baca di blog Cik Wana The Photographer,semuanya betul.Kebanyakkannya Melayu,Islam berpakaian seperti orang kafir dan tersangatlah murah atitud dan cara perwatakkan mereka setiap satu.Apa yang mereka tunggu pun kita tidak tahu.Duduk di Pintu Pavillion seumpama menunggu pelanggan dengan pakaian mereka yang setiap satunya seperti pelacur dan gigolo.Hampir kesemua mereka adalah  budak-budak sekolah.Ada juga di KLCC,Bangsar dan sebagainya tetapi di Pavillion paling menyakitkan hati.

Angry1 Pictures, Images and Photos

             Kalau tak mampu nak shopping dekat Pavillion tu,tak payahlah nak duk depan pintu.Pertamanya,menyusahkan orang,orang lain nak lalu lalang.Dahla tempat itu tumpuan masyarakat.Sememangnya tempat membeli belah.Keduanya,"an eyesore",merosakkan pemandangan.Dan yang ketiganya,nampak macam perhimpunan haram kan kumpul ramai-ramai,duk depan Pavi tu?Ape kehenye?Kan dah keluar cakap Slang Perak.Hahaha!Kalau takat pegang kamera Canon Nikon duk depan Pavi,tak naik pun maruah dan standard serta duit untuk mereka shopping di Pavillion tu.Geram I tau nok?I pergi sana SHOPPING,HANG OUT DENGAN KAWAN-KAWAN DALAM PAVILLION,bukan duk dekat pintu.Pada sesiapa yang bersependapat dengan saya dan Cik Wana The Photographer,Sila like page ini di Facebook.



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.



Friday, March 18, 2011

Kawan Baik Adalah Selamanya.Ultimate Loyalty: Japanese Dog Refuses to Leave Injured Friend Behind

Thursday, March 17, 2011

Rockstar Look for Guys.Hensem! :D

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, March 16, 2011

Kenapa Rambut Kamu Berwarna BerBIRU?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
   Video ini telah diposkn dalam Facebook oleh rakan baik saya dan ianya membuatkan saya ketawa tidak berhenti.Silalah tonton agar hari anda CERIA XD

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, March 15, 2011

Lagu Paling Teruk Aku Pernah Dengar! Rebecca Black - Friday (OFFICIAL VIDEO)

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, March 12, 2011

Rain aka Jung Ji Hoon Akan Datang Malaysia!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
sumber google..hensem :P

     Lama saya tak update kan? Ah Chuuummm!!Berhabuk blog..Adess..Haa!Ni kisah baru.Rain Aka Jung Ji Hoon,South Korean Superstar yang kini Superstar dunia akan mengadakan konsert sempena F1 di Sepang.Tidaklah tahu bila tetapi jom kita siap sedia ok :D

sumber - http://entertainment.malaysia.msn.com/music/photos.aspx?cp-documentid=4701784&page=1

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Friday, March 4, 2011

Berterbangan Di Sarawak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Saya Berada Di Sarawak Kini :D


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Thursday, March 3, 2011

OMAIGOD!COMEY GILER MENATANG NI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
   Sengaja saya buat tajuk seperti itu.Sila Tonton Dan Sukakanya :D

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Canon EOS 500D FOR SALE

Canon EOS 500D FOR 


SALE.ASAP.URGENT.Serious buyer only.COD
 

Shah Alam Sek 13 & 7.PLEASE CALL Izzy

 
017-

6228635
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget