Friday, December 31, 2010

Kenapa Nuffnang Hanya On Pengiklanan Tengah Malam?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
        Betul.Saya punya Nuffnang on tengah malam sahaja.Tepat pukul 12 adalah dia.Saya nak tahu,kenapa ya??Kerana Time Zone kah?Nuffnang hanya berpusat dia kawasan Asia sahaja bukan?Mungkin kerana Time Zone.Wah~!Musykil-musykil.Anda boleh beritahu saya kenapa?

Ginger Pictures, Images and Photos

Thursday, December 30, 2010

Di Umumkan Daripada Majlis Raja-raja

"Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak 

has declared Friday (Dec 31) a public

 holiday in view of M'sia's Suzuki Cup 

victory"

source staronline

CUTILAH WEH~!XD

Sunday, December 26, 2010

Dah Tua Bangka Main Motor Kereta Eletrik Lagi?Seronok~!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
          Lama juga saya tak update blog.Bukanlah apa.Sibuk dengan projek dan aktiviti seharian.Weekends pun kadang-kadang tak ada masa nak update.Rindu pada kamu semua yang follow blog saya sebab saya ada datang ke blog kamu semua dan tinggalkan jejak di shoutbox.Sekarang sudah jarang kerana kesuntukan masa.
           Tengoklah nanti apabila saya sudah grad dan banyak masa.Apa lagi?Blogginglah :P.Haaa!Tentang tajuk entry saya.Saya sememangnya sentiasa bermian walaupun sudah dewasa.Terutama kereta berkuasa bateri.Semalam 25 Disember 2010.Cuti kan?Saya dan Keluarga berjalan ke Ampang.Dan saya bermain motor berkuasa eletrik.Memang terasa seperti budak kecil.Sudahlah bermain dengan adik-adik saya.Laju woo~!! XD

ada orang kejar.tu kena berjaga-jaga XD

Race~!!

main langgar-langgar

Ada banyak lagi gambar.Tapi nanti-nantilah.heheheh~!Kalau anda semua mahu main,sila ke UO Ampang ke apa tak silap.Saya tak selalu pergi.Baru semalam pergi.Nak pergi lagi tapi tak tahu bila.XD

Wednesday, December 22, 2010

Bulan Gerhana??Siapa Dapat Tengok??

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
                Ya,bulan gerhana yang giat diperkatakan di laman web utama seperti yahoo.com.Dikatakan gerhana bulan berlaku pada hari Isnin lepas.Saya tunggu untuk melihat gerhana tersebut namun kelibatnya tidak kelihatan.Saya mahu tahu,siapa diantara kita yang berkesempatan melihat fenomena ajaib alam ini?



sumber : google & yahoo.com


Monday, December 20, 2010

CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
        Saya telah di tag oleh member baik saya iaitu Cik Lala Chan Aka Markonah Aka Eyda.


Contest ini dianjurkan oleh Cik Penganjur(Sila tekan jika ingin menyertai)

Ok.Sekarang sebab apa saya ingin menukar dan makeover blog saya

- Cuba kamu semua tengok header saya.BURUK kot.Nama sahaja graphic designer tetapi tak kena dengan saya.
-Masa tidak mengizinkan saya untuk betul-betul fokus dalam mencantikkan blog.
-Blog orang lain semua comel-comel dan gempak hot.
-Cuba-cuba sebab telah di tag oleh Lala Chan.XD

Itu sahaja :).

2 orang yang saya mahu tag


Sunday, December 19, 2010

Comic Fiesta 2010 Di Times Square Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
             Ya,saya telah menghadiri Comic Fiesta iaitu event untuk rakan-rakan cosplay iaitu berkostum dan memainkan watak yang kita suka.Saya pergi ke sana kerana mengikut adik yang amatlah berminat dengan aktiviti ini.Rakan-rakan saya juga amat meminati aktiviti ini.Saya juga namun saya tidak jumpa karakter ryang bersesuaian dengan saya.
               Fakta,kebanyakkan karakter anime jika anda perhatikan banyak mewakili sesebuah  agama,Cult dan sebagainya dna jika kita tidak berhati-hati,mungkin kita secara tidak sengaja dan secara tidak langsung memalukan diri sendiri dengan memakai sesuatu yang berasal daripada agama lain sedangkan kita Muslim.Itu yang saya dapat dalam pemerhatian saya sepanjang berada di Comic Fiesta 2010.
               Dan saya akui event kali ini amat menyeronokkan dengan kehadiran ramai pengunjung dan ramai penyertaan cosplay seperti Shokugan No Shana,Rozen Maiden,Bleach dan sebagainya.Tetapi tidaklah banyak gambar yang sempat saya rakamkan kerana kehabisan bateri kamera dslr kesayangan yang tidak di Charge pada malam sebelumnya.Menyesal betul.
                                                  
                                                   
                                                    Ini adalah antara gambar cosplay yang sempat dirakam sebelum bateri habis.wuwuwu~!
            
Saya berada disitu tanpa memainkan apa-apa karakter kecuali diri dan personaliti saya.


Oleh kerana kamera berada di tangan orang kurang professional,gambar bergegar.Saya edit sepuas hati dan sehabis kreatif untuk menyesuaikan dan menjadikan ianya artistik

Sama tak?1st time pakai bulu mata palsu XD

Yang paling mengejutkan saya,saya bertemu laptop Alienware di sesi bermain Dota.Cantik dan Panasnya Alienware!!Sayangnya, saya tak mampu lagi.Tengok dekat website sahajalah.huhu~!

Ok,bayangkan ini di depan anda.Lampunya menyala-nyala merah dan bunyinya bila dia on.Sungguh menggoda(Aku ni bercinta dengan laptop ka?hahaha~!XD)


Saturday, December 18, 2010

Ter-Inspirasi(Inspirasi hidup seorang manusia)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
               Saya terbangun malam.Tertidur awal juga kerana penangan ubat selsema.Sekarang musim demam agaknya.Rakan saya seorang demam teruk.Siang tadi pula ada kelas.Bukanlah kelas tetapi ceramah daripada bekas pelajar yang sudah lama menamatkan pelajarannya dan kini berkhidmat di kolej yang sama beliau pernah belajar dulu iaitu kolej saya.Oleh kerana saya di ambang pengakhiran pelajaran saya,kami dipanggil ntuk mendengar ceramah ini
             Amat memotivasikan kerana beliau menceritakan kisah hidup beliau sejak sekolah hingga kini.Satu je iktibar daripada penceritaan beliau iaitu "Life is Short".Apa pun boleh berlaku bermula dari sekarang dalam tempoh 10-20 tahun lagi.Ya,kita semua ada impian tetapi apa yang kita lakukan untuk mencapai impian kita bergantung kepada langkah yang kita ambil sekarang.The Time Is NOW!
             Saya terfikir apa yang mungkin berlaku setelah habis semua ini.Kerja kah?Kahwin kah?Jadi orang ternama kah?Walaubagaimanapun susah hidup kita,kita mampu menjadikan Mimpi Sebuah Realiti.Iman,kekuatan hati menjadi pegangan hidup.

strength Pictures, Images and Photos

ps: Harap-haraplah dapat kerja terus lepas grad ni.Dahlah kita tak boleh duduk diam XD

Thursday, December 16, 2010

101 Followers???Wow~!

Assalammualaikum semua,
             Pada tengah malam ini,saya online blog saya.Terkejut pula sebab ada 101 Followers.TERIMA KASIH pada anda semua.Untuk pengetahuan anda semua,terciptanya blog ini adalah kerana saya sering kali bosan dan tidak boleh duduk diam dan saya suka menulis,menaip,mengarang dan melukis serta menangkap gambar dan juga mengedit gambar.Namun saya tidaklah begitu artistik dalam mencipta suatu yang menarik dan agung.
             Semua yang dikarang di blog ini adalah ikhlas dari hati.Sebahagian daripada hidup saya yang kebanyakkan amat menyeronokkan.Apa yang saya nampak,apa yang saya rasa dan pendapat saya.Hidup saya suatu adventur.Hari demi hari ada sahaja yang menangkap minda dan mata saya dan saya kongsikan dengan anda.
               Terima Kasih sangat semua.wuwuwu~!Terharu :)

tears of joy Pictures, Images and Photos

ps: Miss El adalah follower ke 100 saya XD


Wednesday, December 15, 2010

Wanita Yang Bodoh Tak Reti Nak Tutup Aurat

Assalamualaikum semua,
         Memang entri saya berbaur marah.Sememangnya memang ramai wanita yang bertudung tetapi bogel.Setiap kali pergi mana-mana terutama di tempat-tempat awam,ada sahaja pemandangan yang menyakitkan mata.Kita seorang Islam.Tidakkah anda sedar apa yang anda lakukan?Tidakkah anda berfesyen Dan Terapkan dalam minda disamping berfesyen,Kita MeNUTUP AURAT?
         Oh tidak,kebanyakkan dari masyarakat kita bertudung tetapi "Bogel"



Sumber : Mr Google

          Pada Lelaki yang membaca entri ini,Tolong Jangan Kata Anda Tidak Ghairah melihat gambar-gambar mereka ini.



Dipinjam daripada http://ohmedia.my/

Kepada semua wanita yang membaca entri ini,tolonglah ubah cara pemakaian kita sebagai seorang Muslim.Saya sendiri tidak sempurna namun saya menjalankan dakwah saya.Saya juga suka berfesyen dan bermekap namun batas tetap ada.Minta maaf.

Ps : Kalau nak pakai seperti itu,silalah tak payah pakai tudung yea?Yang sememangnya tak pakai tudung,tidak mengapa,anda akan pakai juga satu hari nanti tetapi biarlah dari hati yea?

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Entri Sakit Tekak Dan Tips Untuk Menghilangkannya

Assalamamualaikum semua,
               Entry dinamakan Entri Sakit Tekak kerana saya tiba-tiba sakit tekak.Suara semakin garau dan nak bercakap pun tak boleh sangat.Memang sexy sangant suara.Ada 1 Tip diberi oleh rakan baik saya Farid The Sexy(HAHAHAHA!) adalah ini "tips untuk smbuh balik , telan getah pkok . insyaallah suara akn menghsilkan intonasi yang menarik :)"


     Memang terbaiklah kan?Dari bersuara walaupun garau,terus diam tak bersuara.Dahla Kita ini jenis banyak berkata-kata.Sama seperti cerita Disney's Little Mermaid.AAA~~aaa~~ terus diam.Hahaha~!


Billy Pictures, Images and Photos


Monday, December 13, 2010

How To Design Your Own Shoes

Assalamualaikum semua,
            Lagi tentang Michelle Phan.Kali ini beliau menunjukkan yang anda boleh mencurahkan kreativiti anda dengan mereka sendiri kasut anda!sila tonton video untuk tahu lebih lanjut.Wah~!Sukanya!Now I can have my own SPECIALLY design shoes by Me!!!!


Sunday, December 12, 2010

Gothic Lolita Doll Michelle Phan

Assalamualaikum semua,
             Ini adalah video mekap tutorial Michelle Phan.Saya memang selalu belajar mekap melalui video tutorial beliau.Ini adalah antara video terbaru yang saya mahu kongsi dengan anda semua.



Nama Blog Saya Dah Tukar Pada Nama Lebih Ringkas

Assalammualaikum semua,
           Notis Pemberitahuan.Nama Blog saya sudah bertukar daripada www.virulentlolitantanbenihime.blogspot.com kepada www.tinasofea.blogspot.com.Ringkas kan?Daripada anda tergeliat lidah menyebut XD

Feast Your Eyes On Handsome Men

Assalammualaikum semua,
           Saya saja buat entri ini kerana kawan saya nieza nak sangat yang comel-comel.Sekarang saya tunjukkan yang betul-betul Good Looking XD

Chris Pine Baby XD

Daniel Craig,tua sikit,Tak sesuai tapi okla XD

Daniel Radcliffe.Yeah,Semua oarang kenal dia kan?:)

ok,This is the ultimate beauty.Rain Bi XD

Wentz Eiji..Hehhehehe XD

Ps : kamu semua mahu saya sambungkah entri ini?Ramai lagi sebenarnya :)


Saturday, December 11, 2010

Experience Korean Pop Concert with the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Pre-sale tickets are on sale now at 1U, New Wing!

Experience Korean Pop Concert with the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Pre-sale tickets are on sale now at 1U, New Wing!

Thursday, December 9, 2010

Realiti Kebanyakkan Wanita

Assalammualaikum semua,
              Ini adalah entri yang menggambarkan apa semua wanita rasa.
"Tengok Rancangan Masak,Rasa Nak Masak Tapi Semua Orang Tahu Realitinya.Dapur Akan Tunggang Terbalik XD"

Delicious Pictures, Images and Photos

Betul tak??hehhehee :)

Tag Daripada Lala Chan

Assalammualaikum semua,
                 Entri ini adalah tag daripada cik lala chan XD


1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
DUIT XD


2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Majalah

3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
Traditionally vintage.tempat some castle in europe XD


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
nope

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
5 years

6. Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
shopping complex

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?

Vouge,Bazaar

8. Apakah nama penuh korang?
Kartina Shaufiyah Kamaruzzaman



9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Abah

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?
Adik saya yang dah lama meninggal dunia



11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Hanya bila terlampau rajin ;)

12. Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Paris


13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Peluk


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang
Lala Chan
i) Kenal dekat kolej.
ii)student Ptpl kolej.
iii)dia comey XD.

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?
My family,my bffs,my cat,my make up and my SELF


16. 5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?
Jay Sean - Lights Off

Jay Sean- Down Acoustic Version
Mario - How Could You?
Moulin Rouge - Come What May
Son by Four - Puro Do Olor/Purest Of Pain


17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
6 aug

Makan banyak tempat ;p

18. 5 orang blogger yang korang nk tag
1) bella nuna

2) sandra azwan the fashion designer
3)liyana hazwani
4)eka eko
5)tubelawak


Monday, December 6, 2010

Catch the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

Catch the Beast, 4minute and G.Na at the #DiGikpop! Grab the pre-sale tickets at 1U, New Wing!

UNTUK DIJUAL Kamera Canon 500D/FOR SALE Canon 500D Camera

Assalammualaikum semua,
           Rakan saya En Iskandar atau lebih mesra dengan panggilan Izzy ingin menjual kamera beliau Canon 500D atas sebab peribadi.Harga boleh runding.Sila SMS atau CALL pada no 017 622 8635.Kamera berada dalam keadaan baik.Beliau berada di kawasan Shah Alam,Selangor.

Soal Kahwin lagi.Penatnya Jawab!

Assalammualaikum semua,
                Topik kali ini adalah tentang kahwin.Sememangnya tak lekang soalan "awak bila nak kahwin pula?" daripada pakcik makcik dan rakan-rakan abah.Tahulah kita ni "single" tetapi perkahwinan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main.Perkara serius seharusnya dipertimbangkan masak-masak dan baharulah keputusan dibuat.
                Ya,saya calon memang ramai tetapi bukanlah saya cintakan mereka.Lagipun banyak lagi impian yang tidak tercapai dan perkahwinan pada saya adalah sesuatu yang akan menghalang saya ataupun seseorang wanita yang bervisi dan berwawasan daripada mencapai impian.Kalau dapat suami yang memahami dan sporting oklah.Bayangkan kalau dapat yang mengongkong dan menyekat kebebasan pemikiran dan pergerakan.Mahu Gila?Terutama yang masih berfikiran tradisional "perempuan tempatnya di dapur".Memang saya sangat anti.Abah saya elok sahaja memahami.
               Semua persoalan ditanya apabila ke majlis perkahwinan anak rakan abah saya.Pening-pening.
   Jadi pakcik makcik diluar sana,No to Marriage For Now.Later ok ?XD
Kepada rakan-rakan yang baru kahwin,Selamat Pengantin Baru.
Kepada rakan-rakan yang Bertunang dan akan melangkah ke alam perkahwinan,Selamat Maju Jaya :)
Saya ikut belakang nanti-nanti ok XD

love lost. </a></p><p style=

Ps :Ini semua ko pnye pasal nieza,nak sangat kahwin :)

Saturday, December 4, 2010

STOP CHILD ABUSE/HENTIKAN PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK

Assalammualaikum semua,
          Tukar gambar profile FB anda kepda kartun daripada zaman kanak-kanak anda.Tujuannya?Untuk tidak melihat satu muka manusia di Fb sehingga 6 Disember.Jom sertai kempen memerangai keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak dan copy & paste ke status anda untuk mengajak rakan-rakan anda berbuat yang sama.


Change your FB profile picture to a cartoon from your childhood. The goal? To not see a human face on FB till Monday, December 6th. Join the fight against child abuse & copy & paste to your status to invite your friends to do the same


Ini gambar yang saya gunakan



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget