Monday, November 29, 2010

Nuffnang Reply To Me!!

Assalammualaikum semua,
              Entri kali ini tentang Nuffnang yang membalas surat saya tentang keahlian Glitterati saya.Ini suratnya.Patutlah Nuffnang berbuat begini padaku.huhu~!Tolong jangan jadi macam saya.


Subject: Re: m not a glitterati anymore
Date: 29 Nov 2010 10:45 AM
Posted By: Robb Chew  (Staff)
Hi Kartina,

Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time.

Your status is affected because your bloghttp://empireenthusiast.blogspot.com/ does not have Nuffnang ads andhttp://virulentlolitatanbenihime.blogspot.com/ has campaigns from Youthsays. Kindly insert Nuffnang ads in all blogs and remove all competitors' campaigns from all blogs and you'll be Glitterati in due time.
Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system manager. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited.

Bersengkang Mata Demi Masa Hadapan

Assalammualaikum semua,
               Ini entri tengah malam buta.Oleh kerana kebosanan melanda sementara menaip proposal untuk presentation akhir sebagai penuntut,pelajar grafik designer,saya tulislah sedikit apa yang tersirat dan tersurat.Minggu ini dan minggu lepas adalah minggu sakit jiwa.Research untuk proposal tidak berhenti,kemalasan menguasaai diri,tabiat insomnia meracuni otak.Konflik jiwa meruap-ruap kerana Nuffnang Glitterati dinyahaktifkan tanpa sebab dan mood membuat kerja yang patut semakin kehilangan.
              Memang terbaik.Kengantukan dan kerosakan mata bermula.Ini sangat tidak bagus untuk kesihatan.Dahlah tadi terbaca di surat khabar bahawa sakit kepala boleh membunuh.Ada kes seseorang mati kerana "brain jam"'.Kalau dah "brain jam",mestilah anggota lain berhenti berfungsi bukan?Lagi satu fakta iaitu 10 hari tanpa tidur juga boleh membunuh.Kes "brain jam"juga itu.Fuh~Bahaya betul.Habis saya ni bagaimana?Anda yang lain pula bagaimana??

Insomnia Pictures, Images and Photos

Saturday, November 27, 2010

Apa Jadi Dengan Nuffnang Glitterati aku??!

Assalammualaikum semua,
               Semalam elok sahaja.Harini bila mahu ping Blog di Innit,tiba-tiba dikatakan tidak boleh.Bagaimana ni?Selama ini elok sahaja tidak ada masalah.Uwah~!!Tolong!!

sadness Pictures, Images and Photos

Pemberian Salam Yang Betul

Assalammualaikum semua,

Ini adalah info yang saya dapat dalam FB tentang pemberian salam.Berkongsilah dengan mereka yang tidak tahu ya? :)

"Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".


Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 

السلاما=keamanan.....



baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.


Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”


 dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”


Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,


saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;          


           “WAALAI KUM SALAM


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata


Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…


Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer


Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.


Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
.
Sekian, semoga ada manfaatnya."


Lagi Video Bercium??

As Salam Semua,
               Saya menukar salam kepada As Salam kerana bermaksud lain.Salam bermaksud selamat tinggal dan maksud lain saya lupa.Kerana rakan-rakan di facebook ada tag saya suatu artikel tentang pemberian salam.Lari juga topik kita harini.Inilah Video Cium tu XD

Thursday, November 25, 2010

Ailyl Mystery GiveAway! XD

Salam semua,
                Ini adalah sebuah kontest anjuran Cik Ailyl Rozanna yang cukup comel XD.Saya masuk sebab saya sahaja mahu cuba mungkin boleh menang.Lagipun kawan-kawan saya yang kecil-kecil dan comel pun masuk.Mereka jua adalah inspirasi saya untuk membuat doodle Ailyl ini.

 
Ok,sekarang saya hendak bercerita tentang mengapa saya mewarnakan doodle saya begini.Inspirasi saya adalah Hayley Williams,The Memoirs Of Geisha dan semua kawan-kawan saya yang comel seperti Lala Chan Chin,Nieza Chipmunk Bella Panda dan Rima serta patung Barbie.Mereka begitu warna warni terutama dengan warna pink.

Rambut doodle Ailyl berwarna merah kerana saya teringat Hayley Williams dan saya obses dengan warna merah.

Bermata perang cerah kerana saya teringat pada mata Lala Chan yang berwarna perang terang,ataupun hazel.Saya juga teringat akan mata Nieza,Bella,Rima & Mr Zulhusni XD

Meletakkan doodle pin rambut untuk tampak lebih feminin dan saya teringat kawan comel saya cik Lala Chan XD.

Mekap mata ber"eyeshadow pink" dan pemerah pipi berwarna pink kerana inspirasi patung Barbie.Bibirnya merah kerana inspirasi daripada filem Geisha.

Warna kulit sawo matang kerana kita adalah orang Asia XD

Berbaju pink kerana mahu "matching" dengang mekap yang telah dibuat.Dan juga saya teringat rakan saya Nieza Micha memakai baju pink dan selipar Pink XD

Begitu juga kasutnya.

Tetapi hanya seluar berwarna merah gelap kerana ingin mewujudkan kontrast dan menampakkan lebih menonjol.

Lagipun semua warna yang digunakan adalah daripada kumpulan warna yang sama cuma berlainan ton,hue dan saturation(macam belajar lukisan  je :P)

Untuk kamu semua juga menyertai,sila ke blog Cik Ailyl Rozanna yeah? XD




Tuesday, November 23, 2010

Kenapa Minat Maher Zain?Tak Ada Orang Lain Ke Yang Korang Nak Minat?

Salam Semua,
          Entri kali ini adalah untuk meluahkan rasa kurang senang dalam jiwa tentang Maher Zain.Kenapa kebanyakkan rakyat Malaysia minat sangat pada Maher Zain ini?Sudahlah semasa beliau datang ke Malaysia membuat konsert,wanita-wanita Islam menjerit-jerit melaungkan nama beliau.Anda semua minat Maher Zain ini kerana anda tidak pernah mendengar seorang Muslim memuja memuji Allah dalam Bahasa Inggeris kah?
         Hampir semua rakan-rakan facebook saya meng"like" page Maher Zain.Malah ketika blogwalking ada sahaja bunyi muzik Maher Zain berkumandang.Adakah anda tahu akan kehadiran penyanyi-penyanyi lain yang juga memuja memuji Allah dalam Bahasa Inggeris?Atau anda hanya tahu Maher Zain sahaja?Saya bukanlah hendak mengutuk ataupun mengata tetapi amatlah pelik dengan tabiat,perangai rakyat Malaysia yang meminati Maher Zain ini.
Maher Zain (in Arabic ماهر زين) (born in TripoliLebanon in 1981) is a Swedish singer and music producer of Lebanese origin. He sings mainly spiritual Muslim songs and nasheeds. His debut album Thank You Allah of 13 tracks and two bonus songs was released on 1 November 2009. He sings in a number of languages, but mainly in English and Arabic. His music videos on YouTube have collectively gained millions of views.

 Ya saya tahu siapa Maher Zain.Oleh kerana ingin tahu saya google search tentang beliau.Saya juga layan lagu-lagu beliau seperti Insyaallah dan sebagainya TETAPI tidaklah fanatik seperti mereka-mereka itu.Sekali lagi saya tekankan,anda semua minat lagu-lagu beliau kerana anda tidak pernah dengar lagu-lagu memuji Allah dalam Bahasa Inggeris.Itu pendapat saya.Anda pula bagaimana?
             Ada juga kumpulan dan penyanyi-penyanyi lain yang memuja Allah dalam Bahasa Inggeris seperti Native Deen yang berasal daripada Amerika Syarikaat yang terkenal dengan lagu popular mereka I'm Not Afraid To Stand Alone dan I'm Near.

Native Deen is an Islamic musical group from the Washington, D.C. area. Native Deen's music combines a hip-hop style with lyrical themes grounded in Islam.

Untuk mendengar muzik mereka silalah ke website mereka http://www.nativedeen.com/iamnear/

Lagu I'm Not Afraid To Stand Alone http://www.youtube.com/watch?v=wAfUMfCtcDA


Michael Joseph Jackson (August 29, 1958 – June 25, 2009) was an American recording artistdancersinger-songwriter, and philanthropist. Referred to as the King of Pop, Jackson is recognized as the most successful entertainer of all time by Guinness World Records. His contribution to music, dance and fashion, along with a much-publicized personal life, made him a global figure in popular culture for over four decades. The eighth child of the Jackson family, he debuted on the professional music scene along with his brothers as a member of The Jackson 5 in the mid-1960s, and began his solo career in 1971.


Malah Micheal Jackson sendiri ada membuat muzik memuji Allah.Ini muziknya http://www.youtube.com/watch?v=C_QEvHnzpzA

Dan yang paling membanggakan sekali adalah kumpulan nasyeed muzik kita sendiri iaitu

 Raihan 
Raihan (Fragrance of Heaven in Arabic) is a Malaysian Nasheed group originally composing of five members that took Malaysia by storm with the release of their debut album Puji-Pujian in October 1996. The group's original lineup comprised Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim, and Azhari Ahmad as the leader. Produced by Farihin Abdul Fattah, Puji-Pujian, Raihan's very first album, grossed sales of more than 750,000 units in Malaysia alone, with 200,000 units sold within the first 2 months after its launch, and 3,500,000 units have been sold worldwide which make them the most successful Malaysian artist in terms of album sales.
dan 

Rabbani.
Ini website mereka http://www.rabbani.com.my/


Raihan ada muziknya dalam Bahasa Cina Ching Ai http://www.youtube.com/watch?v=1dQkapV0x_k
Malah ada yang berbahasa Hindi.Nampak kan betapa Universalnya Islam?
Rabbani pula yang paling terkenal lagu muziknya adalah  Pergi Tak Kembali http://www.youtube.com/watch?v=0XgJ7mEtACs

             Oleh itu anda semua akhir kata dari saya,Bukalah Mata Besar-Besar,Bukalah Hati Seluas-luasnya untuk menerima Iman dan Kenali Islam Dengan Lebih Dalam Lagi.Assalammualaikum dan Minta Maaf akan salah silap. :)

Berkepit & Berasmara Dengan Ular

Salam semua,
           Hari ini adalah salah 1 tarikh keramat kerana hari ini adalah Hari Jadi yang ke 19 tahun rakan baik saya,kolej junior graphic designer saya Khairul Azman Rahim.Kami ingatkan nak meraikan dengan aktiviti berkaraeoke atau pun berjalan-jalan di pusat membeli belah,akan tetapi lain pula yang jadi.Kami bermain ULAR.Seronok sangat XD.Paling "Tak Boleh Bla" dalam bahasa pasar akan apa yang berlaku.Sememangnya lain dari yang biasa.

ni lah dia birthday boy XD
Minta maaf kerana saya tidak boleh mengupload banyak gambar.Yang satu ini pun saya tunggu sejam +_+

Monday, November 22, 2010

UNTUK DIJUAL/FOR SALE Speedlite Canon 430 ex ii RM 550

Salam semua,
           Entri kali ini adalah untuk rakan saya yang sedang berada dalam kesusahan dan amat memerlukan duit dan beliau dengan itu ingin menjual Speedlite kamera kesayangannya.Keadaan barangan masih sangat baik dan jika anda berminat boleh jumpa test speedlite itu atau sila  CALL atau SMS En. Iskandar(Izzy) pada no 017 622 8635.Beliau menetap di kawasan Shah Alam Selangor.
Ini gambar google sahaja pada yang tak tahu bagaimana rupa Speedlite Canon 430EX ii

Ps :Tolonglah yea?

Saturday, November 20, 2010

LORD VOLDERMORT DANCING WAKA WAKA BY SHAKIRA?????

Salam Semua,
                      Gambar ini di pos di fb oleh rakan saya masa kecil Rin.Cukup kelakar!Jom Ketawa!
Kan dah hilang macho kau wahai Lord Voldermort.Lain kali nak menari pun janganlah sampai terdedah oleh media dunia.Ish-ish..XD

Friday, November 19, 2010

Tiada Yang Lebih Sexy Daripada Lelaki Ini XD

Salam semua,
          Entri kali ini berbaur nakal XD.Saya mula mengenali dia semasa dia berlakon dalam The Princess Diaries.Memang tertanya-tanya siapalah pelakon yang tinggi,bermata biru dan berambut hitam keperangan ini.Dan akhirnya kini baru saya tahu.Chris Pine XD.

Full Name:
 Christopher Whitelaw Pine
Date of Birth: August 26th, 1980
Location of Birth: Los Angeles, California, USA
Eye Color: Baby Blue
Hair Color: Brunette
Current Height: 6′ 0½”
Nicknames: “Pine, Pinewood, Piney, Pine. Basically, Ever since I was 8 it’s been any variation of Pine” – Chris
Credits: 7 Movies, 5 TV appearances, 1 awards
Family:
Father: Robert Pine (actor; born July 10, 1941)
played Sgt. Joseph Getraer on the 1970s staple, “CHiPS” (NBC)
Grandfather: Max M Gilford (actor; died in 1965)
maternal grandparent; well known Hollywood attorney
Grandmother: Anne Gwynne (actress; born December 19, 1918; died March 31, 2003 because of stroke following surgery)
maternal grandparent; a well-known Hollywood leading lady
Mother: Gwynne Gilford (actress; born July 24, 1946)
starred in the film “Masters of the Universe” (1987)
Sister: Katherine Pine        

                 Patutlah dia jadi pelakon.Lihat sahaja salah silah keluarga dia.Saya suka melihat dia sebab dia mengingatkan saya pada moyang saya yang bermata biru turquoise.Beliau juga tinggi dan berambut hitam keperangan.Alahai,kalau saya dapat boyfriend hensem sebegini,memang tak hengat dunia bercinta bak kata rakan-rakan saya XD
                 Bukannya saya tak minat pada lelaki melayu cuma tak kena pada taste saya.Jangan Marah,Nanti Kena Jual :P

Untuk lebih info tentang Chris Pine ini silalah ke link ini http://www.chris-pine.org/ XD

Thursday, November 18, 2010

Kambing Yang Dikorbankan Oleh Atok Ngah Saya

Salam Semua,
          Sempena Hari Raya Korban Ini Saya Mempersembahkan Pada Anda Gambar.Pada Yang Lemah Semangat Jangan Tengok Ya?Saya Sedari Kecil Melihat Tok Ngah Saya Sembelih Kambing.
Art Saya oK.JANGAN CURIK!

Monday, November 15, 2010

Bukti Budaya Barat Penghancur Negara

Salam semua,
              Sedang saya seronok ber"facebooking"bersama rakan-rakan,tertonton pula video ini.Video yang menggambarkan kejatuhan akhlak anak-anak muda zaman sekarang.Saya memanglah muda tetapi melihat mereka-mereka ini membuatkan saya jijik.Bukankah Agama Islam menjadi pegangan,penjagaan aurat dan akhlak dijaga terutama anak-anak perempuan?Minta maaf saya bukan hendak menghina malah saya bukanlah seorang alim untuk mengkritik sebegini rupa tetapi ibu bapa saya didik saya dengan baik.
             Sila tonton video ini.Mereka didorongi syaitan akan kearah jahanam.Harap-harap anda semua dapat tonton http://www.facebook.com/video/video.php?v=169148946448063&comments

ps : Dunia Hampir Kiamat.Ingat-Ingatlah Manusia Bahawa Kita Kesuntukan Masa

Cara Paling Bangang Nak Menang Lawan Pedang.

Salam Semua,
           Memang kelakar video ini.Kalau Abang http://tubelawak.blogspot.com/ buat review lagi baik sebab saya susah nak menggambarkan video ini.Ceritanya tentang Mahaguru yang ingin mengajar anak didiknya bermain pedang dengan cara professional tetapi tak sangka pula dengan cara yang tidak di sangka-sangka.Tak percaya sila tonton ini http://www.youtube.com/watch?v=6Mb5QgXEGUg dan ketawa dan senyumlah XD

Friday, November 12, 2010

HUKUMAN UNTUK SI PENABUR FITNAH DAN DUSTA

Salam Semua,

Orang Yang Menabur Fitnah Serta Berkata-kata Tak Serupa Bikin Mukanya Haruslah Dilempang Selama 40Hari 40 Malam Untuk Menjamin Keinsafan Manusia XD
OH NOES Pictures, Images and Photos


KUNG FU PANDA 2

Salam Semua,
           JOM KITA KETAWA MENONTON TRAILER KUNG FU PAND A2 INI YANG DIJANGKA DITAYANGKAN DI MALAYSIA PADA BULAN MARCH 2011 ;P http://www.youtube.com/watch?v=ONl5vCpp7lE


http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea

Wednesday, November 10, 2010

Perasaan Bersalah Mencengkam Jiwa

Salam Semua,
           Saya dan kawan baik saya dalam dilemma yang mendorong kepada perasaan rasa bersalah.Ada diceritakan dalam entri http://virulentlolitatanbenihime.blogspot.com/2010/11/sesetengah-manusia-memang-busuk-hatinya.html.
           Bukanlah apa,sekarang kawan baik saya seolah-olah kena pilih antara saya,manusia itu dan ex manusia itu.Bukan salah kawan baik saya langsung.Ex manusia itu yang terlalu obses akan kawan baik saya sedang TAK PERNAH jumpa pun dah kata Cinta.Apa yang dinamakan Cinta?Cinta adalah Cinta kepada seseorang kerana yang Maha Esa.Yang berlaku sekarang adalah kesukaan yang amat sangat kerana perasaan kesunyian,tak ada kawan.Yang paling rapat pun handphone kan?Jadi dapat nombor sesiapa dihubungi dan di smsnya.Itulah ex manusia itu.Pscycho.Mahu sahaja saya cekik-cekik kerana mengganggu ketenteraman saya dan kawan baik saya.Lagi mereka merepek menabur fitnah.
             Saya kalau boleh tidak mahu ada hubungan langsung dengan manusia-manusia itu tetapi oleh kerana kawan baik saya,saya biarkan dan teruskan sahaja.Teruklah.Manusia-manusia itu mencemburui persahabatan kami yang utuh dan rapat selama 8 tahun lalu meracuni kami.Saya sememangnya tidak akan goyah dan akan kekal setia.Takkan kerana mereka tidak menyukai,saya harus menuruti mereka?Oh tidak sama sekali.Kepercayaan,Kesetiaan,Kejujuran dalam persahabatan yang kami bina tidak akan jadi sia-sia dan tiada apa dapat merubah keputusan saya.
              Ya Tuhanku,Selamatkanlah kami..Amin..*_*

Monday, November 8, 2010

Sesetengah Manusia Memang Busuk Hatinya Bukan?

Salam semua,
          Entri kali ini berbaur kegeraman dan kemarahan dalam benak jiwa saya.Saya tidaklah sangka kawan yang baik kepada kawan baik saya rupa-rupanya gunting dalam lipatan.Manusia itu menabur fitnah dan penipuan terus ke telinga saya.Oleh kerana marah saya hampir percaya tetapi saya bukannya bodoh.Nasib baiklah saya bukan mudah terpedaya.Saya sememangnya selalu menghubungi dan berkomunikasi dengan kawan baik saya dari masa ke semasa.Hubungan kami sememangnya ada saya ceritakan sebelum ini dalam entri http://virulentlolitatanbenihime.blogspot.com/2010/11/ini-adalah-untuk-kawan-terbaik-saya.html.
             Sedang saya menikmati cuti-cuti akhir sebelum mendaftar kembali ke kolej,saya menerima satu panggilan telefon daripada manusia itu.Manusia itu menceritakan sesuatu perkara  yang sungguh salah dari apa yang fakta dan ianya rekaan semata-mata.Ada ke patut dia berkata kawan baik saya rasa bersalah dengan saya sebab dia tidak boleh memilih diantara saya dan seorang lagi manusia dan hatinya sememangnya tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan saya.Manusia itu juga boleh menyatakan bahawa kawan baik saya dan seorang lagi manusia itu amatlah rapat umpama saya dan kawan baik saya.Aik?Bila masa?Sebab saya dan kawan baik saya sememangnya tiada berahsia dan hampir semua kami kongsi.Dan manusia itu menyuruh saya berjanji untuk tidak menyatakan perkara ini pada kawan baik saya.Lagi dia mahu tukar topik dengan berkata Saya Suka Awak.Saya terus meninggi suara dan tidak mengambil peduli,Eh,tolonglah.Siapa awak untuk menyuruh saya dan mengkhianati KAWAN BAIK saya?Saya terlalu geram saya matikan telefon.Saya dalam keadaan marah agak mahu menjerit juga dalam bilik hotel.Sekali lagi telefon berdering tetapi bunyi sms.Kawan baik saya.Seperti biasa kami berkomunikasi tetapi jiwa dan hati saya bergelora dalam dilema dan mula merepek dalam sms kepada kawan baik saya.Dia sememangnya dah agak ada sesuatu yang berlaku tetapi oleh kerana terlalu mengantuk,dia tak terbalas mesej saya.
             Keesokan harinya,waktu pagi,saya sms lagi beritahu segalanya.Betapa terkejutnya dia lantas dia menelefon saya.Perbualan kami berterusan selama sejam lebih.Kami biasa berbual lebih lama tetapi kerana saya sedang bercuti dan emaknya memanggil,perbualan kami pendek sahaja.Kali ini saya tahu SEGALANYA.Hanya kerana manusia itu cemburu akan persahabatan yang kami bina dan manusia itu juga menyukai saya,dia SANGGUP nak hancurkan kami?Saya lagi rela Mati daripada ada kaitan dengan manusia sebegitu rupa.
angry face Pictures, Images and Photos
              Ini pengajaran dari cerita benar saya,buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali.Tetapi kalau dah dipijak sebegini rupa,Pijaklah balik XD
          
PS : To my bff Polar Bear, I'll Break Those Whoever Tries To Break Us.Severely.Status dalam FB juga itu ;p 



http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea

Saturday, November 6, 2010

Ini Adalah Untuk Kawan Terbaik Saya Selama 8 Tahun

Salam semua,
              Entri ini adalah untuk kawan baik saya selama 8 tahun.Harini saya mendapat tahu perkara yang begitu menyentuh jiwa saya.Kami kawan memang sudah lama dan memang teramat kenal akan perangai masing-masing.Malah setiap perangai,gerak badan dan kata-kata serta kami seolah-olah mempunyai gerak hati yang kuat untuk mengetahui apakah yang berada di benak hati dan pemikiran masing-masing.Pelik bukan?Ini yang kami perolehi sepanjang persahabatan daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah dan akhirnya kini berlanjutan ke peringkat universiti namun kami berjauhan.
               Tidaklah jauh sangat Shah Alam(saya) dan Bangi(dia) tetapi kerinduan itu tetap ada.Kami berkomunikasi hari ini berbicara tentang no telefon bimbit.Dia tiba-tiba bertanya "Ko tak hafal no hp aku tina?"
Saya menjawab"Aku ingat no hp lame je,mase zaman sekolah yang ko selalu msj kol aku,019*******.hehehe~!no skrg takla.Yang ko lak hafal ke no aku yang ko duk tanye ni?".Dia menjawab dengan berkata"Dah lame aku hafal no ko tina..".Serius sungguh pada masa itu saya begitu tersentuh hati jiwa dan perasaan.Kami berkawan selama 8 tahun tapi saya tak hafal no hp dia.Memang perkara kecil tetapi perkara kecil itu pun memberi makna yang sangat mendalam pada seseorang bukan?Saya meminta maaf pada dia melalui sms dengan begitu banyak sekali.Dia bukanlah merajuk tetapi saya tahu dia ada rasa tersinggung.Saya berasa cukup bersalah sebab saya ingat dia tak pernah kisah pun.Saya berjanji tak akan buat lagi.huhuhu~!
                 Anda ada kawan yang baik janganlah guna-gunakan mereka dan jangan sesekali melupai mereka.Walaupun benda sekecil kuman pun,ia mungkin bermakna sangat pada mereka jika kita ambil berat.Oleh itu ambillah berat ya?Jangan jadi macam saya.

Friends Pictures, Images and Photos

                                                     Untuk anda Polar Bear.Minta maaf ya?


http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea

Friday, November 5, 2010

TUDUNG EKSPRESS??NI NK KENA NI

Salam Semua,
                Sedang saya blogwalking,tiba-tiba di tv keluar di Astro Prima iklan tentang siri Tudung Ekspress.Kisah tentang gadis bertudunglah konon.Tidak salah berfesyen asalkan menutup aurat.Saya sendiri berfesyen dalam bertudung malah berwarna warni tetapi tidaklah bertudung sambil "berbogel".Malah pelakon-pelakon itu tidak memakai tudung di luar.Adakah mereka layak melakonkan watak-watak yang mencerminkan Islam?Lihat sendiri mereka ini
TGK REVIEW drama ini di sini

Memakai tudung nampak jambul rambut?
ADAKAH ITU MENUTUP AURAT?
Memakai tudung refleksi agama lain?
Seperti seorang RAHIB?
Malah nama tajuk dram itu sendiri "Tudung Ekspress" seolah-olah kita boleh memakai tudung dan kemudiannya buka esok hari.Tolong renung-renungkan rakan blogger.Apa sudah berlaku ni?
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.


Siapa Ambil Exam Tapi Tak LULUS-LULUS Lagi?Apa Nak Jadi?

Salama semua,
Weh, kalau korang atau sedara korang atau couple korang ada ambil exam ptd(Pegawai Pentadbiran Diplomatik) sebar-sebarkanlah link ni, http://rajakamil.biz/examptd/index.php?ref=tinasofea . Saya cuma nak tolong je.


http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea

Nuffnang Earning Saya Sudah Bertambah!

Salam Semua,
                    Serius betul.Tak sangka pula.Sudah sekian lama berada di nilai yang sama.Kali ini naik!
                                                                 dari RM 1.50
                                            ke
                                 RM2.00!
Walaupun berlaku peningkatan sebanyak RM0.50,tetapi ini menunjukkan ada juga orang klik iklan-iklan saya.Saya tak boleh print screen pula.tidak boleh saya tunjuk.Lain kali sahaja ok ;p.TERIMA KASIH SEMUA XD 



Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, November 3, 2010

Follow Saya Di Twitter XD


Tuesday, November 2, 2010

Lagenda Tan Sri P.Ramlee

Salam semua,
                   Saya sentiasa menonton cerita dan filem-filem Allahyarham namun tahu sedikit tentang kehidupannya.Pada hari ini bersamaan 1.11.10,hari isnin,saya tertonton dokumentari tentang beliau di saluran History di Astro.Cukup saya sebak sepanjang rancangan itu ditayangkan.Allahyarham seorang yang pemurah,berbakat dan cinta akan keluarganya namun perginya beliau dalam keadaan papa kedana.
                   Hampir tiada orang hadir pada hari beliau meninggal tetapi akhirnya rakan-rakannya datang memberi kehormatan terakhir dan sejumlah duit untuk pengebumiannya serta untuk balu dan anak-anaknya.Dan kemudian barulah ramai manusia dari segala bangsa datang menziarahi beliau.Setiap raut wajah mereka menggambarkan bahawa mereka mencintai dia.Seorang lagenda yang pemurah serta dicintai ramai begitu nasibnya di akhir hayatnya.Satu lagi yang amat dikesali adalah hak beliau ke atas filem-filem dan lagu-lagu terbitan Allahyarham diambil syarikat perfileman walaupun setelah meninggalnya beliau.
                 Cukup menyedihkan malah saya sendiri menitis air mata apabila menulis blog dan cuba mengingat kembali apa yang telah ditonton.Rakannya berkata mayat Allahyarham tersenyum semasa dia menziarahi.Kuasa Allah merahmati Lagenda Tan Sri P Ramlee yang gemar tolong orang dan bersedekah.Teringat pula dialognya dalam
                  Kita ambillah iktibar akan peristiwa Lagenda kita dan sedekahkanlah beliau Al Fatihah :"(


                                                                  Sumber daripada Google



http://www.UntungPantas.com/?id=tinasofea


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget