Sunday, December 19, 2010

Comic Fiesta 2010 Di Times Square Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua,
             Ya,saya telah menghadiri Comic Fiesta iaitu event untuk rakan-rakan cosplay iaitu berkostum dan memainkan watak yang kita suka.Saya pergi ke sana kerana mengikut adik yang amatlah berminat dengan aktiviti ini.Rakan-rakan saya juga amat meminati aktiviti ini.Saya juga namun saya tidak jumpa karakter ryang bersesuaian dengan saya.
               Fakta,kebanyakkan karakter anime jika anda perhatikan banyak mewakili sesebuah  agama,Cult dan sebagainya dna jika kita tidak berhati-hati,mungkin kita secara tidak sengaja dan secara tidak langsung memalukan diri sendiri dengan memakai sesuatu yang berasal daripada agama lain sedangkan kita Muslim.Itu yang saya dapat dalam pemerhatian saya sepanjang berada di Comic Fiesta 2010.
               Dan saya akui event kali ini amat menyeronokkan dengan kehadiran ramai pengunjung dan ramai penyertaan cosplay seperti Shokugan No Shana,Rozen Maiden,Bleach dan sebagainya.Tetapi tidaklah banyak gambar yang sempat saya rakamkan kerana kehabisan bateri kamera dslr kesayangan yang tidak di Charge pada malam sebelumnya.Menyesal betul.
                                                  
                                                   
                                                    Ini adalah antara gambar cosplay yang sempat dirakam sebelum bateri habis.wuwuwu~!
            
Saya berada disitu tanpa memainkan apa-apa karakter kecuali diri dan personaliti saya.


Oleh kerana kamera berada di tangan orang kurang professional,gambar bergegar.Saya edit sepuas hati dan sehabis kreatif untuk menyesuaikan dan menjadikan ianya artistik

Sama tak?1st time pakai bulu mata palsu XD

Yang paling mengejutkan saya,saya bertemu laptop Alienware di sesi bermain Dota.Cantik dan Panasnya Alienware!!Sayangnya, saya tak mampu lagi.Tengok dekat website sahajalah.huhu~!

Ok,bayangkan ini di depan anda.Lampunya menyala-nyala merah dan bunyinya bila dia on.Sungguh menggoda(Aku ni bercinta dengan laptop ka?hahaha~!XD)


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget